Bright Berries adalah pusat terapi dan pendidikan khas di Kuala Lumpur yang berdedikasi membantu kanak-kanak berkembang mengikut potensi unik mereka.
Dengan pendekatan penuh kasih sayang dan keprihatinan, kami menyokong perkembangan komunikasi, emosi, sosial serta keyakinan diri dalam suasana yang selamat dan mesra kanak-kanak.
Book ConsultationPendekatan Holistic dan Berkualiti
Persekitaran yang Selamat
Ahli Terapi dan Guru yang Terlatih, Berkemahiran Serta Berpengalaman
Kemudahan yang Lengkap dan Kondusif
Ratio yang Rendah
Bright Berries merupakan pusat terapi dan pendidikan khas di Taman Melati, Kuala Lumpur yang berpegang kepada prinsip “Mendidik dengan Cinta, Mendukung dengan Peduli” dalam setiap pendekatan kepada kanak-kanak.
Kami memberi fokus kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak, termasuk komunikasi, emosi, sosial dan keyakinan diri, agar mereka dapat membesar dengan lebih yakin dan berdikari.
Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri. Oleh itu, setiap program disusun secara individu mengikut tahap perkembangan dan keperluan mereka dalam persekitaran yang selamat, terancang dan mesra kanak-kanak.
Dengan gabungan tenaga pendidik dan ahli terapi berpengalaman, Bright Berries menggabungkan pembelajaran akademik dan sokongan terapi secara seimbang bagi membantu anak-anak mencapai potensi mereka secara optimum.
Menjadi pusat pendidikan dan terapi kanak-kanak yang dipercayai, dengan pendekatan holistik untuk membantu setiap anak berkembang dengan yakin dan mencapai potensi terbaik mereka.
OUR SERVICES
Early Intervention Program (EIP)
Program awal untuk membantu kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dari segi komunikasi, tingkah laku dan pembelajaran
Individual Educational Program (IEP)
Pelan pembelajaran khas yang disesuaikan mengikut keperluan setiap anak untuk membantu mereka belajar dengan lebih efektif.
Occupational Therapy
Membantu anak meningkatkan kemahiran motor, fokus dan keupayaan melakukan aktiviti harian dengan lebih baik.
Speech Therapy
Membantu anak bercakap, memahami bahasa dan berkomunikasi dengan lebih jelas dan yakin.
Physical Therapy
Meningkatkan kekuatan fizikal, keseimbangan dan pergerakan untuk menyokong perkembangan motor anak.
Behavior Therapy
Membantu anak mengurus tingkah laku dan emosi dengan lebih baik dalam kehidupan seharian.
After School Care Program
Program sokongan selepas sekolah untuk membantu anak terus belajar dan berkembang dalam persekitaran yang selamat.
Preschool Montessori
Pendekatan pembelajaran awal yang membantu anak belajar melalui pengalaman, penerokaan dan aktiviti praktikal.
Tentang Kami
1-2 Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama,, 53100 Taman Melati, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Dapatkan konsultasi bersama therapist kami untuk memahami keperluan dan perkembangan anak anda.
Book Consultation