Terapi Fizikal
(Physical Therapy)
Terapi fizikal adalah terapi yang fokus kepada pemulihan pergerakan dan peningkatan fungsi fizikal individu. Ia digunakan untuk merawat masalah motorik kasar, kelemahan fizikal, atau kecederaan yang mempengaruhi kemampuan pergerakan. Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, terapi fizikal membantu mereka membangun kekuatan, keseimbangan, dan koordinasi.
Komponen Utama Terapi:
- Penguatan otot: Terapi ini membantu dalam meningkatkan kekuatan otot yang lemah melalui latihan dan aktiviti fizikal.
- Koordinasi dan keseimbangan: Memberi latihan untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh supaya kanak-kanak boleh bergerak dengan lebih lancar.
- Pergerakan motor kasar: Fokus kepada latihan pergerakan yang lebih besar seperti berjalan, berlari, melompat, dan aktiviti fizikal yang lain.
- Mobiliti: Membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah dengan pergerakan atau yang memerlukan bantuan alat bantuan pergerakan seperti kerusi roda.
Kelebihan:
- Meningkatkan kekuatan fizikal dan kelenturan tubuh untuk membantu kanak-kanak bergerak dengan lebih bebas.
- Meningkatkan kebolehan mobiliti, yang memberi kanak-kanak lebih kebebasan dan keyakinan.
- Mengurangkan masalah kesakitan atau ketegangan otot yang timbul akibat pergerakan yang tidak betul.
Tanda Amaran (Red Flag)?
1
Kelewatan Perkembangan Motor Kasar (Gross Motor Delay), pergerakan besar seperti melompat, berjalan, merangkak.
2
Keseimbangan Badan Lemah (Poor Balance), mudah terjatuh ketika berjalan atau berlari, sukar berdiri dengan stabil.
3
Koordinasi Badan Lemah (Poor Body Coordination), sukar menangkap atau membaling bola.
4
Kelemahan Otot (Muscle Weakness), sukar memanjat tangga dan cepat keletihan.
5
Masalah Postur Badan (Postural Issues), sukar duduk tegak atau berdiri lama.
6
Ketegangan atau Kekakuan Otot (Muscle Tightness).
7
Perkembangan Fizikal Tidak Seimbang.