Terapi Pertuturan
(Speech Therapy)

Terapi pertuturan adalah terapi yang membantu individu mengatasi masalah berkaitan dengan komunikasi dan pertuturan. Ini termasuk kesukaran dalam memahami bahasa, bercakap, membaca, dan menulis. Terapi ini sering digunakan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam perkembangan bahasa atau gangguan komunikasi lain.

Daftar Sekarang

Komponen Utama Terapi:

  • Kemahiran pertuturan: Membantu pelajar mengatasi masalah pertuturan seperti sebutan yang tidak jelas, kelancaran bercakap, dan pengucapan.
  • Pemahaman bahasa: Membantu pelajar memahami bahasa, termasuk pemahaman arahan dan konsep asas.
  • Kemahiran berkomunikasi sosial: Mengajar kanak-kanak cara-cara berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalam situasi sosial.
  • Kemahiran bahasa menulis dan membaca: Terapi ini juga membantu dalam meningkatkan kemahiran literasi melalui teknik-teknik yang disesuaikan.

Kelebihan:

  • Meningkatkan kebolehan komunikasi yang penting untuk interaksi sosial dan pembelajaran akademik.
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan diri melalui komunikasi yang lebih berkesan.
  • Membantu mengurangkan masalah tingkah laku yang timbul akibat kekurangan komunikasi.
Image Intervention Program

Milestone Pertuturan :

0 – 6 Bulan

  • Mengeluarkan bunyi babbling seperti “ba-ba”, “ma-ma”, “da-da”
  • Meniru bunyi yang didengar
  • Menggunakan gerak isyarat seperti menunjuk atau melambai
  • Memahami perkataan mudah seperti “no” atau “bye-bye”

1 – 2 Tahun

  • Perbendaharaan kata meningkat dengan cepat
  • Menyebut 10 – 50 perkataan
  • Boleh menamakan objek biasa
  • Membina ayat 2 perkataan

2 – 3 Tahun

  • Mula membina ayat pendek
  • Boleh menyebut nama sendiri
  • Mula bertanya soalan mudah

3 – 4 Tahun

  • Boleh bercakap dalam ayat lebih panjang
  • Boleh menceritakan pengalaman ringkas
  • Orang luar mula memahami kebanyakan percakapannya

4 – 5 Tahun

  • Boleh bercerita dengan lebih jelas
  • Menggunakan tatabahasa yang lebih betul
  • Boleh menjawab soalan seperti siapa, apa, di mana ?

5 – 6 Tahun

  • Boleh bercakap dengan jelas dan lancar
  • Boleh menceritakan cerita dengan susunan yang betul
  • Menggunakan ayat yang lebih kompleks

Tanda Amaran (Red Flag)?

1

Kelewatan Bercakap (Speech Delay).

2

Sebutan Tidak Jelas (Articulation Problem).

3

Sukar Memahami Arahan (Language Comprehension Difficulty).

4

Sukar Membina Ayat (Expressive Language Difficulty).

5

Kurang Berkomunikasi Dengan Orang Lain.

6

Gagap atau Tersekat-sekat Ketika Bercakap (Stuttering).

7

Kesukaran Menghasilkan Bunyi Huruf Tertentu.

8

Bergantung Pada Isyarat atau Menunjuk.

Contact Us Logo WhatsApp