Terapi Tatacara Kerja
(Occupational Therapy)
Terapi tatacara kerja adalah terapi yang bertujuan untuk membantu individu mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih berkesan. Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, terapi ini membantu meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus, pengurusan diri, dan penyelesaian masalah. Contohnya, kemahiran pengurusan diri, kemahiran bersosial, kemahiran bermain dan aktiviti berkaitan dengan masa lapang.
Komponen Utama Terapi:
- Kemahiran motor halus: Membantu kanak-kanak mengasah kemahiran tangan seperti menulis, memegang objek, menggunting, dan aktiviti manipulatif lain.
- Kemahiran motor kasar: Meningkatkan koordinasi pergerakan besar seperti berjalan, berlari, melompat, dan mengimbangkan tubuh.
- Kemahiran pengurusan diri: Membantu kanak-kanak belajar kemahiran seperti berpakaian, makan, dan kebersihan diri.
- Kemahiran sosial dan kognitif: Terapi juga memberi fokus kepada pengembangan interaksi sosial dan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Kelebihan:
- Membantu kanak-kanak dengan keperluan khas untuk menjadi lebih berdikari dalam aktiviti harian mereka.
- Meningkatkan kualiti hidup dengan membolehkan pelajar menjalani aktiviti normal tanpa bergantung sepenuhnya pada orang lain.
- Memberi sokongan dalam pengurusan tingkah laku yang mungkin disebabkan oleh kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian.
Tanda Amaran (Red Flag)?
1
Kesukaran Kemahiran Motor Halus (Fine Motor Skills).
2
Kelewatan Perkembangan Motor Kasar (Gross Motor Delay).
3
Masalah Koordinasi Tangan dan Mata (Hand-Eye Coordination).
4
Masalah Sensori (Sensory Processing Difficulty).
5
Kesukaran Fokus dan Perhatian.
6
Kesukaran Kemahiran Kehidupan Harian (Daily Living Skills).
7
Kesukaran Perancangan Pergerakan (Motor Planning / Praxis).
8
Kelemahan Otot dan Postur Badan.
9
Kesukaran Mengawal Emosi (Self Regulation).