Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
(Preschool
Montessori)
Preschool Montessori ialah pendekatan pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan pembelajaran melalui penerokaan kendiri, pengalaman praktikal dan kebebasan yang terarah. Dalam pendekatan ini, kanak-kanak digalakkan untuk belajar mengikut kadar perkembangan mereka sendiri melalui aktiviti yang tersusun dalam persekitaran yang disediakan khas. Guru berperanan sebagai pembimbing (guide) yang membantu kanak-kanak meneroka, memahami dan membina kemahiran secara semula jadi. Pendekatan Montessori percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi dan keupayaan untuk belajar secara aktif, dan pembelajaran yang terbaik berlaku apabila mereka diberi peluang untuk mencuba, meneroka dan membuat pilihan sendiri dalam persekitaran yang selamat dan teratur.
Komponen Utama:
- Practical Life (Kehidupan Praktikal): Kanak-kanak dilatih dan dibimbing untuk menjalani kehidupan harian seperti kebiasaan manusia biasa. Aktiviti harian seperti pengurusan makan minum, mandi, berpakaian dan lain-lain dilatih bagi memastikan kanak-kanak mempunyai daya berdikari sendiri untuk menjalani kehidupan harian. Selain itu, ia dapat meningkatkan koordinasi motor dan melatih daya fokus dan disiplin.
- Pengukuhan Fungsi Deria: Kanak-kanak diberikan pendedahan tentang fungsi deria bagi membantu mereka mengasah kemahiran pemerhatian dan pemikiran yang logik. Aktiviti seperti mengasingkan warna, mengenal struktur, menyusun objek mengiku saiz sangat membantu dalam memperkuatkan lagi fungsi pemprosesan deria.
- Bahasa: Kemahiran komunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul dan sesuai diterapkan agar kanak-kanak mudah untuk berkomunikasi di dunia luar. Aktivit asas seperti mengenal bunyi, huruf dan menyususn perkataan diajar bagi mebantu kanak-kanak bercakap dan bertutur dengan baik. Kemahiran ini bukan sahaja penting untuk komunikasi malah terpakai juga untuk sesi pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.
- Numerasi (Matematik): Seawal umur 3 tahun kanak-kanak diperkenalkan dengan konsep matematik melalui bahan manipulatif yang konkrik. Tujuannya adalah untuk kanak-kanak memahami konsep asas nombor secara konkrik. Aktiviti seperti penganalan nombor dan operasi tambah dan tolak yang asas sangat membantu kanak-kanak dalam membina pemikran yang logik dan penyelesaian masalah.
- Integrasi Pengetahuan Islam dan Umum: Pendedahan tentang dunia sekeliling seperti sains asas, teknologi, seni muzik dan lain-lain sangat membantu kana-kanak dalam mengembangkan persaan ingin tahu dan belajar sesuatu yang baharu. Dengan penerapan Asas ilmu agama yang kuat serta aplikasi penghayatan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian, ia membantu membina jati diri yang kuat kepada kanak-kanak.
Kelebihan:
- Memberi galakan kepada kanak-kanak untuk bersikap berdikari dan berani dalam menjalani kehidupan harian.
- Membantu mempertingkatkan daya fokus, disiplin serta perhatian yang tinggi kepada kanak-kanak sebelum menempuh pendidikan yang lebih jauh dan luas.
- Menggalakan pembelajaran secara aktif dengan penglibatan secara menyelurh oleh kana-kanak dalam menjalankan aktiviti melaui pengalaman sebenar, buak sekadar yang dilihat atau didengar.
- Mengembangkan lagi kemahiran sosial melalui komunikasi yang betul dan tatacara hormat sesama rakan serta membina jalinakerjasama yang erat dan utuh.
- Menghormati perbezaan potensi perkembangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak diberi peluang untuk belajar mengikut keupayaan dan kadar potensi masing-masing.
- Menerapkan nilai sahsiah, adan dan ahklak yang mulia melalui aplikasi penghayatan cara hidup Islama yang betul.
Tanda Amaran (Red Flag)?
1
Kanak-kanak Yang Mempunyai Rasa Ingin Tahu Yang Tinggi.
2
Kanak-kanak Yang Suka Belajar Secara Praktikal (Hands-on Learning).
3
Kanak-kanak Yang Memerlukan Perkembangan Berdikari
4
Kanak-kanak Yang Memerlukan Pembangunan Fokus dan Disiplin Diri.
5
Kanak-kanak Yang Memerlukan Pembangunan Kemahiran Sosial.
6
Kanak-kanak Yang Memerlukan Rangsangan Sensori.
7
Kanak-kanak Yang Memerlukan Asas Akademik Yang Kukuh.