Plan Pendidikan Individu
(Individual Education Program)

Plan Pendidikan Individu adalah merujuk kepada penyediaan pelan sokongan pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan unik setiap anak-anak. Program ini lebih tertumpu kepada anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran. Program ini lebih berfokuskan kepada anak-anak yang mempunyai kesukaran dalam memberi perhatian di dalam kelas. Selain itu, aktiviti tambahan juga disediakan untuk meningkatkan prestasi pengetahuan kanak-kanak ke tahap yang optimum.

Daftar Sekarang

Komponen Utama Program:

  • Penilaian individu: Penilaian menyeluruh dilakukan untuk memahai kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai bidang (akademik, sosial, motorik, dll).
  • Matlamat pembelajaran: Berdasarkan penilaian, matlamat yang jelas dan spesifik akan ditetapkan untuk pelajar. Ini boleh melibatkan peningkatan dalam kemahiran komunikasi, tingkah laku, atau kemahiran akademik.
  • Strategi pengajaran yang disesuaikan: Teknik pengajaran yang digunakan akan disesuaikan dengan keperluan individu pelajar, seperti menggunakan bantuan visual, teknologi pendidikan, atau sokongan sosial.
  • Penilaian berterusan: Perancangan ini memerlukan pemantauan berterusan dan penilaian semula bagi memastikan matlamat tercapai.

Kelebihan:

  • Membantu memastikan pelajar menerima pendidikan yang relevan dan sesuai dengan tahap dan keupayaan mereka.
  • Meningkatkan peluang kejayaan akademik dan sosial bagi setiap pelajar.
  • Memberi perhatian khusus kepada aspek perkembangan yang memerlukan sokongan lebih mendalam.
Image Intervention Program

Tanda Amaran (Red Flag)?

1

Kesukaran Pembelajaran Akademik.

2

Masalah Pertuturan dan Bahasa.

3

Kesukaran Memberi Perhatian (Attention Difficulty).

4

Masalah Tingkah Laku di Kelas.

5

Kesukaran Kemahiran Sosial.

6

Kelewatan Perkembangan Motor.

7

Masalah Sensori.

8

Kesukaran Mengikuti Arahan.

Contact Us Logo WhatsApp